Tuesday, November 13, 2007

MENEROBOSI SEMPADAN DIRI

Manusia yang sentiasa muhasabah akan dirinya menjadikan ia tiada masa untuk mencari kesilapan orang lain. Apa yang dikatakan menerobosi diri itu ialah mengenal pasti masalah-masalah dalam diri dengan menyedari hakikat bahawa setiap manusia itu punya masalah untuk dihadapi sebagai satu cabaran dan ujian kehidupan. Masalah ini timbul antaranya kerana:-
kita jahil dan kita tidak memiliki ilmu untuk menjadi seorang yang cemerlang samada dari segi ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Akibat dari kejahilan itu kita sering menerima musibah akibat dari perbuatan kita sendiri. Sedarilah hakikat bahawa setiap masalah berpunca dari pada kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya.

kita ingkar. Kadangkala kita ada ilmu tetapi kita ingkar dengan larangan dan perintah yang Allah tetapkan kepada kita. Ini bermakna kita mempunyai masalah dengan Allah yang juga membawa kepada bermasalah dengan manusia. kita bodoh sombong dan bangga diri. Sifat riak dan dan sombong bodoh ini tidak perlu ada pada manusia yang kenal akan dirinya bahawa ia manusia yang lemah dan hina apa jua ibadah yang dilakukan kurniaan rahmat dari Allah. Firmannya " tidak akan masuk syurga jika dihati ada seberat habuk sombong". Tidak dapat dinilai amal ibadah yang dilakukan sepanjang kehidupan ini dengan syurga Allah kerana masuknya seseorang ke dalam syurga hanya dengan rahmat Allah.

Kita golongan yang ada ilmu tetapi tidak mahu berubah. Golongan ini mempunyai kepandaian yang dianugerahkan oleh Allah tetapi digunakan untuk tujuan yang menyimpang dengan matlamat yang digariskan oleh islam itu sendiri. Dalam kehidupan ini memelihara hati itu adalah amat penting . Kerana sabda Rasullullah s.a w bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badan begitu juga sebaliknya. Bagaimana hendak menjaga hati ?

Hendaklah kita mencuci hati dengan :-
*mendirikan solat,
*beristighfar dan zikrullah,
*solat taubat dan tahajud,
*baca al quran dan hadis,
*meminta dan memberi maaf,
*muhasabah dan murakabah diri,
*bersangka baik,
*berpuasa,
*ingatkan mati,
*kekalkan berwuduk,
*bersedekah,
*beri orang makan, jaga makan,
*berkawan dengan ulama,
*berpesan kepada orang lain,
*jaga mata untuk hati,
*bisikan diri yang positif,
*maafkan semua orang sebelum tidur.

Beberapa peringatan yang baik untuk ditanamkan dalam jiwa kita ialah:
"Sesungguhnya Allah sangat mengasihi hambanya apabila melakukan pekerjaan dengan cara yang paling baik’ ; Riwayat Thabrani.

"Sesungguhnya sesiapa yang memuji saya adalah musuh dan sesiapa yang menegur kesilapan saya adalah guru"
"setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh dipertingkatkan’.

"Sesiapa yang penat kerana bekerja sepanjang hari, Allah akan ampunkan dosanya di sebelah petang harinya"

Beberapa pantang larang dan petua yang dapat dijadikan panduan:-
"jangan buang air sambil berdiri’,
Jangan tengok benda alah kita semasa mencangkung kerana ia membawa kepada sifat pelupa, dan mandi dengan menjiruskan air di hujung kaki dahulu membawa ke atas beserta dengan selawat,
sebaik saja celik mata dari tidur hendaklah mengucapkan "alhamdullillah kemudian senyum’, minumlah air masak sebelum pergi ke bilik mandi kerana air yang diminum itu dapat menghilangkan penyakit dalaman.
Ampunkan semua orang sebelum tidur kerana sekiranya kita mengampunkan orang lain maka Allah akan mengampunkan diri kita.
Kitaran Kehidupan dan Pecahkan Kitaran Sengsara – Jadilah seorang yang pemaaf

No comments: