Monday, November 12, 2007

Melayu dan Berniaga


Telah disunahkan bahawa 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan. Namun kebanyakan dari kita lebih gemar makan gaji dari berniaga. Sejak kecik lagi bila kita ditanya dah besar nak kerja apa? Kita akan menjawab nak jadi Doktor, Peguam, Cikgu, Tentera dan sebagainya. Jarang sekali kita dengar kanak-kanak Melayu mengatakan dah besar nanti saya nak jadi Bos dan menjadi tuan punya gedung besar atau shopping complexs. Saya pernah berhadapan dengan situasi begini. Seorang kanak-kanak bukan Melayu menjawab dengan spontan untuk menjadi tauke gedung besar apabila ditanya dah besar nak jadi apa.


Nampaknya kesan penjajahan masih ketara di dalam pemikiran kita. Kita dilekakan dengan budaya makan gaji dan diberikan keistimewaan yang tidak seberapa supaya kita selesa untuk makan gaji. Manakala orang bukan melayu menguasai ekonomi negara dan tidak melepaskan setiap peluang yang ada. Ibu bapa orang Melayu pula akan menentang dan tidak menggalakkan anak-anak mereka yang belajar tinggi-tinggi meninggalkan kerjaya tetap mereka untuk berniaga kerana bimbang akan gagal dan tidak berjaya. Tetapi lebih senang membiarkan anak-anak mereka bekerja dengan syarikat bukan Melayu walaupun diperah tenaga dan pemikirannya.


Terdapat juga walau segelintir orang Melayu yang telah berjaya dalam perniagaan tetapi mementingkan diri sendiri dan lupa tentang tanggungjawab membangunkan bangsa. Selain itu ada segelintir orang Melayu yang sakit hatinya apabila melihat orang Melayu berjaya dan kaya raya. Lalu bertindak seperti ketam menarik ke bawah rakannya yang ingin keluar dari karung kemisikinan. Memang sukara untuk mencari jalan keluar bagi permasalahan ini. Lebh-lebih lagi bagi mereka yang telah bekerja bagi tempoh yang lama. Namun kita masih ada jalan lain untuk berniaga tanpa meninggalkan kerjaya kita. Berniaga melalui MLM adalah cara yang paling selamat untuk aktif dalam perniagaan. Lebih-lebih lagi fenomena hari ini, rata-rata syarikat Jualan Langsung di monopoli oleh non-bumiputera dan 80% pengedarnya ialah terdiri dari orang Melayu.


Gamat Emas Sdn. Bhd adalah merupakan wadah dan platform untuk kita berjaya dalam perniagaan. Syarikat 100% milik orang Melayu ini mempunyai visi dan misi yang jelas iaitu untuk memartabatkan ekonomi bangsa Melayu dan produk warisan bangsa Melayu sejak 400 tahun yang lalu iaitu Gamat. Kita masih bekerja di siang hari untuk mendapatkan rezeki 1/10 manakala selepas waktu bekerja kita mampu untuk berniaga iaitu 9/10 dari sumber rezeki. Ini bermakna kita sedang berusaha untuk mendapatkan 10/10 dari sumber rezeki kurniaan Allah SWT.


Marilah kita bersam-sama perjuangkan syarikat ini walaupun kadangkala kita terpaksa mengorbankan hati dan perasaan kita demi ingin melihat Gamat Emas berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan syarikat-syarikat Jualan Langsung di Malaysia mahupun di dunia. Tidak mustahil suatu hari nanti tali pinggang yang kita pakai berjenama Gamat Emas, pen yang kita gunakan berjenama Gamat Emas atau baju serta seluar juga berjenama Gamat Emas kerana kita tidak harus duduk dalam satu kepompong perniagaan sahaja. Insyaallah.




No comments: