Friday, February 8, 2008

Gamat Nite

Pada 5hb Februari 2008, Pusat Jualan Utama Shah Alam dan Leader Zon Tengah telah menganjurkan 'Gamat Nite' di Restoran Eksklusif Bora Asmara di Sungai Pencala, Damansara, Kuala Lumpur. Seramai 38 orang terdiri Pengasas Gamat Emas Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, Encik Salleh Sadun, Pengurus Pembangunan Network, Duta Emas Lima Bintang Ustaz Wan Hamidi Wan Mat, Duta Emas 3 Bintang En Shamsudin Misan, Duta Emas Tuan Haji Asmuin, En Kadir Surib dan Leader-Leader serta rakaniaga Zon Tengah dan Telok Intan turut serta di dalam program ini.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada Leader Zon Tengah diatas komitmen mereka menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Duta dan Syarikat. Selain itu, ia bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara Syarikat, Duta dan rakanniaga. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pakaian beragam, kotak beracun, cabutan bertuah dan acara potong kek untuk rakaniaga yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari.

Business Orientation Program (BOP)






















Pada 3hb Februari 2008 yang lalu, Pusat Jualan Utama Shah Alam telah mengadakan kursus untuk rakaniaga Gamat Emas Sdn Bhd (GESB) yang baru menyertai GESB. Kursus tersebut dikenali sebagai Business Orientation Program (BOP)" atau Program Orientasi Perniagaan telah disertai oleh 15 orang peserta dari pelbagai latarbelakang. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada rakaniaga tentang Asas MultiLevel Marketing, Produk Gaya Hidup Emas, dan Plan Pemasaran.