Tuesday, August 21, 2007

Program Jejak Gamat Emas Bersama Pengasas GESB Dr. Syid Ayob bin Syid Mustafa Al Qudri































Pada 18 dan 19hb Ogos 2007, Pusat Jualan Utama Sri Muda Shah Alam telah mengadakan program Jejak Gamat Emas bersama Pengasas GESB Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri ke Pulau Pangkor, Perak. Seramai 41 orang usahawan GESB telah menyertai program ini yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan usahawan GESB dan mengenali dengan lebih dekat gamat emas atau Stichopus Hermanii.

Program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh PJU Sri Muda Shah Alam telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak syarikat, Duta-Duta Emas dan Pemimpin-pemimpin GESB. Duta-Duta Emas telah memberikan sumbangan hadiah bagi menjayakan aktiviti-aktiviti di program ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program jejak ini ialah:-
  • Berkaraoke di dalam Bas sepanjang perjalanan dan di tapak perkhemahan. Ramai usahawan yang berbakat di dalam bidang nyanyian sebenarnya cuma mereka tidak dapat menyertai Akademi Fantasia disebabkan terlebih usia.

  • Belajar bagaimana hendak memasang khemah dan tidur di dalam khemah

  • Pertandingan memancing yang menyediakan hadiah sebuah TV 21" dan DVD Player

  • pertandingan menyelam dan mencari gamat emas

  • Acara Berkayak dan snorkellling

  • Acara Island Hoping- usahawan di bawa bersiar-siar mengelilingi pulau Pangkor dengan menaiki bot

  • Acara permainan seperti pocho-pocho,futsal, bowling padang, dsbgnya. Ramai usahawan yang telah menunjukkan bakat sebagai pemain bola profesional dan jika dibenarkan untuk mewakili Malaysia sudah tentu isu kemerosotan mutu bola sepak Malaysia tidak timbul.

  • Aktiviti berbentuk motivasi dan berkumpulan

  • Dan lain-lain aktiviti yang tidak sempat disenaraikan termasuk bergayut dan melepak atas buaian dan bermesra dengan Pengasas GESB yang begitu humble.
Pihak pengurusan PJU Sri Muda Shah Alam mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan program ini. Dan yang paling syok sekali ialah semua peserta program sporting habis!! Pasti Gamat!

Semoga kita dapat bersama kembali dalam program akan datang.

Sekian terima kasih.

Yang ikhlas,
PJU Sri Muda Shah Alam













Thursday, August 16, 2007

Pemimpin No. 1 Gamat Emas


Ustaz Haji Wan Hamidi bin Wan Mat adalah merupakan pemimpin No. 1 dalam GESB yang berpangkat Duta Emas 5 Bintang. Beliau adalah merupakan pemimpin yang dikagumi dan disegani oleh seluruh rakaniaga GESB. Pencapaiannya di dalam perniagaam MLM GESB amat dibanggakan kerana mencapai pendapatan lebih RM 50,000 setiap bulan dan memiliki tanah, rumah Bungalow serta kereta mewah hasil usahanya dalam GESB. Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang dan dibesarkan di Kuala Krai Kelantan, beliau mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi dan semangat patriotisme yang kental. Beliau bercita-cita melihat ramai Jutawan Melayu lahir di dalam GESB dan dalam masa yang sama memartabatkan syarikat Bumiputera dan Gamat warisan orang melayu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan syarikat gergasi MLM yang lain di Malaysia dan Antarabangsa. InsyaALLAH.. Pasti Gamat!



Wednesday, August 15, 2007

Program Berkhatan - Kaedah Smart Clamp



PJU Sri Muda Shah Alam akan mengadakan Program Berkhatan menggunakan kaedah "Smart Clamp" oleh Pengasas GESB Dr Syid Ayob Syid Al Qudri Pada 11 November 2007. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program sila hubungi Pusat Jualan Utama Sri Muda dengan segera.