Friday, February 8, 2008

Gamat Nite

Pada 5hb Februari 2008, Pusat Jualan Utama Shah Alam dan Leader Zon Tengah telah menganjurkan 'Gamat Nite' di Restoran Eksklusif Bora Asmara di Sungai Pencala, Damansara, Kuala Lumpur. Seramai 38 orang terdiri Pengasas Gamat Emas Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, Encik Salleh Sadun, Pengurus Pembangunan Network, Duta Emas Lima Bintang Ustaz Wan Hamidi Wan Mat, Duta Emas 3 Bintang En Shamsudin Misan, Duta Emas Tuan Haji Asmuin, En Kadir Surib dan Leader-Leader serta rakaniaga Zon Tengah dan Telok Intan turut serta di dalam program ini.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada Leader Zon Tengah diatas komitmen mereka menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Duta dan Syarikat. Selain itu, ia bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara Syarikat, Duta dan rakanniaga. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pakaian beragam, kotak beracun, cabutan bertuah dan acara potong kek untuk rakaniaga yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari.

Business Orientation Program (BOP)






















Pada 3hb Februari 2008 yang lalu, Pusat Jualan Utama Shah Alam telah mengadakan kursus untuk rakaniaga Gamat Emas Sdn Bhd (GESB) yang baru menyertai GESB. Kursus tersebut dikenali sebagai Business Orientation Program (BOP)" atau Program Orientasi Perniagaan telah disertai oleh 15 orang peserta dari pelbagai latarbelakang. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada rakaniaga tentang Asas MultiLevel Marketing, Produk Gaya Hidup Emas, dan Plan Pemasaran.


















Sunday, January 20, 2008

Program Berkhatan - Smart Clamp di PJU Shah Alam






















Pada 18 November 2007 yang lalu Pusat Jualan Utama Shah Alam telah mengadakan program berkhatan beramai-ramai dengan menggunakan kaedah 'Smart Clamp". Pengasas Gamat Emas Sdn Bhd, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri sendiri melakukan proses berkhatan ini yang melibatkan seramai 18 orang anak-anak rakaniaga Gamat Emas. Selain dari acara berkhatan ini, peserta dan tetamu juga dihidangkan dengan tayangan video korporat, penerangan produk dan kanak-kanak dihidangkan juga dengan tayangan video animasi bagi menghiburkan mereka sementara menunggu giliran. Kanak-kanak juga dihadiahkan dengan Tumbler Minuman dan bungga Manggar sebagai tanda penghargaan dari Pusat Jualan Utama Shah Alam dan Leader-Leader PJU Shah Alam.

Pelbagai ragam yang ditunjukkan oleh rakanianga kanak-kanak yang terlibat dan gambaran suasana program ini adalah seperti gambar-gambar yang disertakan.
Pasti Gamat!!!
suhaimi ali














Monday, November 19, 2007

Apa itu SANGO CORAL – ALKALINE MINERAL?


Apa itu Sango Coral ?
Ia adalah bahan hancuran Mutiara Sango hasil dari proses gelombang dalam laut yang berada di dasar laut cetek yang belum tercemar dan mempunyai permukaan air yang jernih iaitu Laut Okinawa, Jepun. Hancuran Mutiara Sango ini berkemampuan menyerap 70 jenis bahan mineral kedalamnya tanpa ada bahan racun tersimpan. Hancuran Mutiara Sango ini juga berkemampuan memyimpan oksigen.

Kenapa Perlu saya minum Sango Coral ?
Seperti yang diterangkan di atas terdapat 70 jenis mineral yang terkandung di dalam hancuran Mutiara Sango ini dan mampu mengangkut oksigen keseluruh tubuh badan.Oleh itu, mineral-mineral ini amat diperlukan oleh badan kita sebagai ejen membaiki system dalam tubuh badan kita. Ia adalah sebagai ejen pengesan penyakit dan menangkut keluar segala bahan-bahan toksid yang tersimpan di dalam badan kita agar ianya tidak menjadi ancaman besar kepada system imun dalam tubuh badan kita .Contoh kemungkinan terdapat kandungan zat besi di dalam darah kita yang berlebihan,maka lebihan zat besi inilah akan dikeluarkan. Nisbah kandungan asid dan alkali yang diperlukan oleh tubuh badan kita adalah 80:20.Oleh itu bagi mengimbangi nisbah ini, maka minuman Sango Coral inilah jawapannya.

Apakan jadi jika nisbah ini tidak diperolehi ?
Kesannya, kita mudah dapat penyakit, contoh jika terlebih asid maka timbullah masalah gout, sakit sendi, barah perut, barah usus, kencing manis, sakit buah pinggang dan lain-lain penyakit maut yang takut kita dengari.

Adakah ianya air minuman sekeluarga ?
Ya, minuman Sango Coral ini amat sesuai untuk diminum oleh semua lapisan umur lelaki atau perempuan, bermula dari umur 4 tahun dan keatas. Peringkat bayi mungkin tidak perlu lagi meminumnya kerana tubuh badan mereka masih belum lagi tercemar dan dilindungi pula oleh pemakanan susu ibu atau susu fomula. Cuma pada umur peringkat kanak-kanak diberi setengah gelas sudah mencukupi.


Bagaimana meminumnya ?
Mudah saja, buka mulut terus minum la. Eh ! lawak sahaja…..Minum satu gelas sais standard 3 kali sehari iaitu waktu pagi, petang dan waktu malam (selang 8 jam). Sekiranya kita minum seorang sahaja, maka 1 botol air 1 liter boleh digunakan selama 2 hari. Iaitu sebanyak 6 gelas sais standard (3 gelas hari ini dan 3 gelas untuk hari esok).

Apakah reaksi terhadap tubuh badan selepas meminumnya ?
Sebagai ejen membuang toksid dalam tubuh badan, maka beberapa keadaan boleh berlaku dan ianya bergantung sejauh mana sihatnya tubuh badan anda. Diantara reaksi yang dapat disenaraikan ialah :
"
Panas badan dan berpeluh
"
keluar tahi mata
"
keluar hingus
"
keluar angin, sama ada dari bawah atau atas (Faham-fahamlah kan)
"
Bisul
"
Ruam panas
"
kerap kencing
"
kerap buang air besar
"
Kekadang langsung tidak beri apa-apa tanda. Mengikut pengalaman, kesan reaksinya hanya akan berlaku keesokan harinya.
"
Bagi sesetengah kes, bagi mereka yang menanggung penyakit kencing manis atas 10 dan darah tinggi terlalu tinggi berkemungkinan akan demam.
Berapa cepatkah tindakbalas boleh dirasai ?
Bagi tempoh masa tindakbalas, ianya tidak dapat dijangkakan. Ini kerana ianya bergantung sejauh mana tahap kesihatan kita. Tapi dari segi pengalaman yang lalu dalam kebanyakan kes,reaksi terhadap minuman Sango Coral ini berlaku 2 hingga 3 jam selepas minum. Dalam setengah kes, cuma mengambil masa lima minit selepas meminumnya.

Seperti yang dinyatakan di atas, barang-barang yang kami jual adalah yang berkualiti sahaja. Jadi Nilai kualiti tersebut hanya boleh diterangkan setelah anda mencubanya.Tapi percayalah harga yang kami tawarkan adalah berbaloi dengan kebaikan yang anda akan terima. Itu tidak lagi diceritakan bagaimana bahan ini diangkut keluar dari dasar laut. Cukuplah sekadar mempercayai bahawa ianya berkualiti,okay! Selamat mencuba.


Apakah jenis penyakit yang boleh diubati oleh Produk Sango Coral ini ?
Diantara penyakit-penyakit yang mampu diubati oleh Sango Coral ini ialah :
"
Tekanan darah tinggi
"
Kencing Manis
"
Sakit jantung tidak kronik
"
Leukemia
"
Gout
"
Uric Asid yang tinggi
"
Radang Sendi
"
Asthma
"
Tekanan Mental
"
Sinus
"
AIDS
"
Jangkitan Virus
"
Malignant Tumour
"
Jangkitan Darah
"
Insomnia
"
Masalah Gugup (Nerves)
"
Reputan Tulang (Osteoporosis)
"
Masalah Gastrik
"
Masalah Saluran Jantung/Darah
"
Allergy
"
Masalah Fungsi hati lemah
"
Masalah Klimak (Climacteric Problem)
"
Masalah Arteri tersumbat
"
Masalah sistem penghadaman
"
Masalah system imun
"
Endometrium
"
Masalah mati pucuk
"
Masalah tisu otot-otot sakit
"
Masalah Menopause
"
Masalah kepelbagaian sakit akibat tua

Sunday, November 18, 2007

Baca 3 Surah Untuk Menjadikan Anak Pandai

KUALA LUMPUR: Ibu kepada kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani, 6, gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian, terutama pada waktu lapang ketika mengandungkannya.Serihana Elias, 30, berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar-sinar ketika berusia belasan tahun dan percaya ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra."Mengandungkannya tidak sama mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman," kata Serihana, ketika menceritakan amalan dilakukannya ketika mengandungkan anak bongsunya itu.Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani Abdul Wahid, ketika berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya."Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Ezuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran," katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.Adi Putra yang belajar sendiri di rumah bersama ibu bapanya dianggap pakar dalam menyelesaikan soalan Algebra, Trigonometri dan Indeks dan kepintarannya itu menyebabkan beberapa guru gemar merujuk kepadanya mengenai formula tertentu menyelesaikan soalan matematik.Dia sering menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah menjemputnya untuk memberikan motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia(USM).Semalam, Adi Putra, ditemani bapanya, Abdul Ghani, 47, dan Serihana menghadiri Program Malaysia Hari Ini(MHI) di TV3.Esok pula, Adi Putra akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Menurut Serihana, dia tidak dapat melupakan mimpi itu sampai bila-bila kerana bukan mimpi biasa sebagai mainan tidur."Mimpi itu penuh makna kerana saya melihat lima bintang membentuk sebutir permata yang bersinar-sinar di langit."Mulanya saya sangka kehidupan menjadi semakin hebat sebelum berkahwin, tetapi biasa saja. Bagaimanapun, selepas berkahwin dan menimang cahaya mata bernama Adi Putra, barulah saya sedar mungkin mimpi itu sebagai petunjuk kelahiran insan istimewa," katanya.Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengatakan kepintaran luar biasa Adi Putra dikesan ketika anak bongsunya itu dapat menghafal sifir Matematik sekali gus membetulkan kesilapan sifir yang diperdengarkan abang sulung."Adi Putra anak yang istimewa. Dia mempunyai aura yang sama sekali tidak dimiliki kanak-kanak lain seusianya. Kepintarannya agak luar biasa sehingga mampu menyelesaikan masalah Matematik, selain mencipta formulanya sendiri."Saya sama sekali tidak menduga Adi Putra mampu menghafal sifir. Mustahil bagi seorang kanak-kanak berusia empat tahun dapat menghafal sifir berkenaan. Lagipun dia tidak pernah mendapat pendidikan secara formal di sekolah ataupun mendalami subjek itu."Pada mulanya Adi Putra sekadar menangis meminta untuk dia turut sama menghafal sifir seperti abangnya. Bagaimanapun saya tersentak, selepas dia mampu menghafal sifir dua, sebelum menghafal keseluruhan sifir terakhir iaitu dua belas," katanya.Sambil berbangga dengan kepintaran anaknya, Serihana berkata, dia bukan saja seorang pintar, tetapi bercita-cita untuk menjadi Profesor Matematik Islam berjaya sekali gus menyebarkan ilmu dimiliki kepada masyarakat.Sikap suaminya yang penyayang dan mengambil berat terhadap anak sedikit sebanyak menaikkan motivasi Adi Putra dan anak lain."Dua petua yang diamalkan abang yang sewajarnya diikuti ibu bapa, pertamanya mereka perlu memilih nama yang baik dan keduanya nama anak perlulah dipanggil dengan nama penuh kerana mempunyai kaitan dengan pintu rezeki mereka," katanya.Difahamkan Adi Putra yang bertemankan sebuah komputer akan dapat menyelesaikan masalah Matematik atau menemui formula baru, selepas mendapat ilham antara jam 12 tengah malam sehingga empat pagi.Dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.Adi Putra pernah menunjukkan kepintaran luar biasanya dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru, Kuala Kurau, Perak apabila memberi jawapan betul dan pantas mengalahkan 19 guru dan 230 murid Tahun Satu hingga Enam sekolah berkenaan.Malah, kanak-kanak itu hanya mengambil masa kurang satu minit menjawab soalan asas matematik, manakala soalan peringkat sekolah menengah dan asas universiti pula kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.Su_Lee

Tuesday, November 13, 2007

MENEROBOSI SEMPADAN DIRI

Manusia yang sentiasa muhasabah akan dirinya menjadikan ia tiada masa untuk mencari kesilapan orang lain. Apa yang dikatakan menerobosi diri itu ialah mengenal pasti masalah-masalah dalam diri dengan menyedari hakikat bahawa setiap manusia itu punya masalah untuk dihadapi sebagai satu cabaran dan ujian kehidupan. Masalah ini timbul antaranya kerana:-
kita jahil dan kita tidak memiliki ilmu untuk menjadi seorang yang cemerlang samada dari segi ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Akibat dari kejahilan itu kita sering menerima musibah akibat dari perbuatan kita sendiri. Sedarilah hakikat bahawa setiap masalah berpunca dari pada kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya.

kita ingkar. Kadangkala kita ada ilmu tetapi kita ingkar dengan larangan dan perintah yang Allah tetapkan kepada kita. Ini bermakna kita mempunyai masalah dengan Allah yang juga membawa kepada bermasalah dengan manusia. kita bodoh sombong dan bangga diri. Sifat riak dan dan sombong bodoh ini tidak perlu ada pada manusia yang kenal akan dirinya bahawa ia manusia yang lemah dan hina apa jua ibadah yang dilakukan kurniaan rahmat dari Allah. Firmannya " tidak akan masuk syurga jika dihati ada seberat habuk sombong". Tidak dapat dinilai amal ibadah yang dilakukan sepanjang kehidupan ini dengan syurga Allah kerana masuknya seseorang ke dalam syurga hanya dengan rahmat Allah.

Kita golongan yang ada ilmu tetapi tidak mahu berubah. Golongan ini mempunyai kepandaian yang dianugerahkan oleh Allah tetapi digunakan untuk tujuan yang menyimpang dengan matlamat yang digariskan oleh islam itu sendiri. Dalam kehidupan ini memelihara hati itu adalah amat penting . Kerana sabda Rasullullah s.a w bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badan begitu juga sebaliknya. Bagaimana hendak menjaga hati ?

Hendaklah kita mencuci hati dengan :-
*mendirikan solat,
*beristighfar dan zikrullah,
*solat taubat dan tahajud,
*baca al quran dan hadis,
*meminta dan memberi maaf,
*muhasabah dan murakabah diri,
*bersangka baik,
*berpuasa,
*ingatkan mati,
*kekalkan berwuduk,
*bersedekah,
*beri orang makan, jaga makan,
*berkawan dengan ulama,
*berpesan kepada orang lain,
*jaga mata untuk hati,
*bisikan diri yang positif,
*maafkan semua orang sebelum tidur.

Beberapa peringatan yang baik untuk ditanamkan dalam jiwa kita ialah:
"Sesungguhnya Allah sangat mengasihi hambanya apabila melakukan pekerjaan dengan cara yang paling baik’ ; Riwayat Thabrani.

"Sesungguhnya sesiapa yang memuji saya adalah musuh dan sesiapa yang menegur kesilapan saya adalah guru"
"setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh dipertingkatkan’.

"Sesiapa yang penat kerana bekerja sepanjang hari, Allah akan ampunkan dosanya di sebelah petang harinya"

Beberapa pantang larang dan petua yang dapat dijadikan panduan:-
"jangan buang air sambil berdiri’,
Jangan tengok benda alah kita semasa mencangkung kerana ia membawa kepada sifat pelupa, dan mandi dengan menjiruskan air di hujung kaki dahulu membawa ke atas beserta dengan selawat,
sebaik saja celik mata dari tidur hendaklah mengucapkan "alhamdullillah kemudian senyum’, minumlah air masak sebelum pergi ke bilik mandi kerana air yang diminum itu dapat menghilangkan penyakit dalaman.
Ampunkan semua orang sebelum tidur kerana sekiranya kita mengampunkan orang lain maka Allah akan mengampunkan diri kita.
Kitaran Kehidupan dan Pecahkan Kitaran Sengsara – Jadilah seorang yang pemaaf